Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Saturday, 26 November 2011

Pengajaran Imbuhan

Imbuhan
View more presentations from abrarps

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4

Tahun Empat Sekolah Rendah
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tarikh            : 14.4.2011
Kelas               : 4D
Hari                : Khamis
Masa               : 8.30a.m. – 9.30a.m.
Tema              : Menuju ke Puncak Jaya
Tajuk              : Berusaha dan bertutur
Kemahiran     :
·         Focus Utama               : 8.1 ARAS 1(i) Menulis pelbagai jenis ayat.

·         Focus Sampingan        : 5.1 ARAS 1(i) Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.      Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai dan memhaminya.
2.      Mengenal pasti maklumat dan menyusunnya mengikut perenggan.
3.      Mengenal pasti kata kerja mengikut jenis dan mebina ayat pasif dengan kata transitif.
Aktiviti           :
1.      Membaca teks yang berkaitan dengan tukang masak dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.( membaca )
2.      Memberikan makna perkataan dan rangkai kata. ( bertutur)
3.      Menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.( menulis )
4.      Menyusun maklumat tentang tukang masak mengikut perenggan. ( berfikir )
5.      Menyampaikan cerita tentang tukang masak.(bertutur)
Sistem Bahasa:
                        Tatabahasa      :           Ayat songsang
                        Sebutan dan Intonasi: Membaca perkataan dan ayat
                        Kosa kata        :           muruku, menguli,tose,capati,chef
Pengisian Kurikulum            :
                        Ilmu                 : Pendidikan Moral
                        Pengetahuan    : Pekerjaan
                        Nilai                : Kerajinan
                        KBT / KB       : Kemahiran Berfikir-menyusun mengikut keutamaan
                                                  Pembelajaran Kontruktivisme
                        TKP                 : verbal linguistic
                        BCB                : perbincangan, mencatat maklumat
                        BBM               :
Refleksi                      : Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran.

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

set Induksi
( 3 minit )

Guru menunjukkan puzzle tukang masak

1.      Guru minta murid menyusun puzzle.
2.      Guru bersoal kepada murid.
(Siapakah orang dalam gambar tersebut?)
(Di manakah orang tersebut bekerja?)
(Apakah yang mereka lakukan dalam dapur?)
3.      Berbual tentang usaha seseorang untuk menjadi seorang tukang masak.


BBM

Gambar tukang masak
(Lampiran 1)

Elemen BM

Langkah 1
( 15 minit )

Petikan


Tukang masak

1.      Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

2.      Murid mambaca teks cerita dengan teliti dan mencatatkan perkataan-perkataan yang sukar.


3.      Murid memberikan makna perkataan yang sukar berdasarkan konteks.
(ramuan, menguli,dihias dengan cantik, hasrat haatinya)

4.      Guru membetulkan kesalahan murid.

5.      Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
(Apakah kegemaran Mahesh?)
(Pada pandangan kamu, adakah kerja tukang masak menarik?)


Rujukan
Petikan “Tukang masak”
(Lampiran 2)

Elemen BM

Langkah 2
( 15 minit )


Guru mengemukakan konsep menukar ayat biasa(ayat aktif)  kepada ayat songsang(ayat pasif).

Ayat songsang
(ayat pasif)

Ayat yang susunannya berlawanan dengan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek







1.     Guru memesan murid meneliti ayat songsang yang terdapat dalam teks.
2.     Murid mencari ayat songsang (ayat pasif) di dalam petikan.
3.     Guru menerangkan konsep ayat songsang(ayat pasif).
4.     Murid cuba menukar ayat-ayat biasa dalam soalan kepada ayat songsang secara lisan.
5.     Guru membetulkan kesalahan murid secara lisan.
6.     Guru memaparkan jadual seperti yang ditunjukkan dalam lampiran 3.
7.     Murid menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang di papan hitam.


BBM
Jadual
(Lampiran 3)

Elemen BM

Langkah 3
(10 minit )


1.Kamus(objek menjadi subjek) itu saya (kata ganti nama diri pertama) dibeli (kata kerja).
1.Ikan (objek menjadi subjek) kamu (kata ganti nama diri kedua) pancing (kata kerja) di sungai.
1.Karangan (subjek) sedang ditulis (kata kerja berawalan di-)oleh (kata sendi nama)nya
 (pelaku diri ketiga).

Subjek– perkara dalam ayat
Kata kerja - golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan
Kata ganti nama diri pertama – orang yang bercakap
Kata ganti nama diri kedua – orang yang diajak bercakap

Kata sendi nama – kata yang menyambungkan kata nama atau frasa nama yang mengikuti dan berfungsi sebagai kata depan kepada kata nama.
Pelaku diri ketiga – orang yang dicakapkan


1.      Guru menunjukkan beberapa ayat pasif dan menerangkan cara membina ayatnya.


2.      Murid membina ayat pasif secara lisan dengan merujuk contoh yang diberi.


3.      Guru membetulkan kesalahan murid.




BBM
Kad ayat pasif.
(Lampiran 4)


Tatabahasa
Ayat pasif

Elemen BM

Langkah 4
( 7 minit )

Perbezaan
 Ayat Aktif
dan
Ayat Pasif


1.     Guru memaparkan 10 ayat di papan hitam.
2.     Murid mengelaskannya kepada ayat aktif dan ayat pasif.
3. Murid membaca ayat-ayat yang dipaparkan di papan hitam.

BBM
Kad ayat aktif dan  kad ayat pasif.
(Lampiran 5)



Langkah 5
( 7 minit )

Latihan dan bimbingan


Pengayaan
Bina ayat

Pemulihan
Memilih ayat pasif dan tulis dalam buku latihan


1.     Guru mengedarkan lembaran kerja.

2.     Guru membimbing murid yang lemah.

BBM
Lembaran kerja
(Lampiran 6)




Penutup
( 3 minit )

Guru memaparkan pelbagai kata nama, murid mengelaskan makanan di ruang yang disediakan,

1.    Guru memaparkan puzzle tukang masak yang digunakan semasa set induksi
2.    Guru menyediakan pelbagai kata nama di atas meja.
3.    Murid yang terpilih memilih kata nama makanan dan melekatkan di sekeliling tukang masak tersebut.
4.    Murid-murid membaca kata nama makanan yang telah disemak oleh guru.

BBM

Kad kata nama makanan
(tose, roti canai, meja, beg, juruterbang,
nasi lemak, capati, kilang, sate, topi mahasiswa)
(Lampiran 7)

Lampiran rancangan pengajaran harian Tahun 4

Lampiran 1-7 RPH Tahun 4

Lampiran 1
 Lampiran 2

Lampiran 3
Ayat biasa
Ayat songsang
Fazli membaca buku resipi.
Kuali itu di atas dapur.
Abang saya tukang masak.
Minuman ini tawar.
Ayah membakar ikan terubuk.
Membaca buku risipi Fazli.
Di atas dapur kuali itu.
Tukang masak abang saya.
Tawar minuman ini.
Membakar ikan terubuk ayah.







Lampiran4

Lampiran 5
Lampiran 6

Lampiran 7













Wednesday, 23 November 2011

Penutup untuk pengajaran BM Tahun 2 (Simpulan Bahasa)

Aktiviti penutup dengan sajak yang direka dengan keempat-empat simpulan bahasa yang dibelajari. Pembacaan disertai dengan lakonan diadakan agar mempertingkatkan hasil pembelajaran.

Langkah pengajaran BM Tahun 2 (Simpulan Bahasa)

Pengajaran simpulan bahasa diadakan dengan menggunakan kaedah teka-teki. Murid-murid dapat berfikir secara menghubungkait.

Keempat-empat simpulan bahasa yang diajar dalam 2 waktu ini adalah panjang tangan, mulut murai, hidung tinggi dan otak udang.


Set induksi Pengajaran Makro BM Tahun 2 (Simpulan Bahasa)


Set induksi pengajaran makro simpulan bahasa dimulakan dengan aktiviti teka-teki. Ia bertujuan untuk merangsangkan keinginan belajar para murid.